Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TARIKH TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2021/A180 | Pembangunan Sistem Pengurusan Pejabat Cawangan (SpuPc) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 222102 Dan 222104 Dan 221002 | Tarikh Tender Dibuka 15 November 2021 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 29 November 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A181 | Membekal Dan Menghantar Alat-Alat Perkakas Untuk Pusat Analisis Dan Sekuriti Makanan Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 220602 Atau 060501 Atau 060502 | Tarikh Tender Dibuka 15 November 2021 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 29 November 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A182 | Membekal Dan Menghantar Minyak Pelincir Dan Gris Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 060302 | Tarikh Tender Dibuka 15 November 2021 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 29 November 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A183 | Membekal Dan Menghantar Bahan Api Petrol Dan Bio-Diesel Ke Stesen Minyak Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 060301 Atau 060399 | Tarikh Tender Dibuka 15 November 2021 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 29 November 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A184 | Membekal, Memotong, Membungkus Dan Menghantar Kain Pakaian Seragam, Kemeja-T, Topi Dan Baju Hujan Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun | Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 020701 Atau 020799 Atau 020801 Atau 020899 | Tarikh Tender Dibuka 15 November 2021 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 2 Disember 2021 (Khamis) | 300.00 |
2021/A185 | Membekal Dan Menghantar Alatganti Tulen Untuk Jentera Berat Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 110304 Atau 110302 | Tarikh Tender Dibuka 15 November 2021 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 2 Disember 2021 (Khamis) | 300.00 |
2021/A186 | Cadangan Kerja-Kerja Mengganti Dan Memasang Peralatan Keselamatan Lalulintas Untuk Jabatan Pengangkutan Bandar Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori CE Pengkhususan CE32 Dan CE42 Dan CE21 Dan CE13 | Tarikh Tender Dibuka 15 November 2021 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 2 Disember 2021 (Khamis) | 300.00 |
2021/A187 | Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Mekanikal Di Depoh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dan Jejantas Mekanikal Sekitar Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori ME Pengkhususan E02 Dan E11 Dan E04 Dan M02 Dan M03 Dan M05 Dan M15 Dan M20 | Tarikh Tender Dibuka 15 November 2021 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 29 November 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A188 | Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Sejata Api) Untuk Harta Milik Datuk Bandar Dan Premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 220801 | Tarikh Taklimat Tapak 17 November 2021 (Rabu) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Tingkat 5, Institut Latihan DBKL (IDB), Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 30 November 2021 (Selasa) | 300.00 |
2021/A189 | Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Sejata Api) Untuk Harta Milik Datuk Bandar Dan Premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 220801 | Tarikh Taklimat Tapak 17 November 2021 (Rabu) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Tingkat 5, Institut Latihan DBKL (IDB), Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 30 November 2021 (Selasa) | 300.00 |
2021/A190 | Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Dan Peralatan Berkaitan Di Perumahan Awam (PA) Dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Berdaftar Dengan CIDB Gred G3 Kategori ME Pengkhususan M02 | Tarikh Taklimat Tapak 19 November 2021 (Jumaat) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Pusat komuniti Beringin, Taman Beringin, 52000, Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 2 Disember 2021 (Khamis) | 300.00 |
- Dokumen tender 2021/A188, 2021/A189 Dan 2021/A190 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2021/A188, 2021/A189 Dan 2021/A190 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-
i) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2021/A188 Dan 2021/A189)
ii) Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2021/A190)
iii) Cop Syarikat (Rubber Stamp) - Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.