Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TARIKH TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2021/A203 | Membekal Dan Menghantar Makanan Siap Masak Di 23 Tadika Sang Kancil (TSK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 040101 Dan 040102 Dan 040103 | Tarikh Tender Dibuka 7 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 20 Disember 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A204 | Pembangunan Sistem E-Learning Bagi Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210102 Dan 210103 Dan 210104 Dan 210106 | Tarikh Tender Dibuka 7 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 24 Disember 2021 (Jumaat) | 300.00 |
2021/A205 | Pembangunan Mobis 3.0 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210103 Dan 210104 Atau 210102 Atau 210106 Atau 210107 | Tarikh Tender Dibuka 7 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 20 Disember 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A206 | Pembangunan Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL) Versi 2.0 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210103 Dan 210104 Dan 210110 Atau 210102 Atau 210106 Atau 210107 | Tarikh Tender Dibuka 7 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 24 Disember 2021 (Jumaat) | 300.00 |
2021/A207 | Comprehensive Maintenance And Technical Support Services Of EPBT Penilaian System In Dewan Bandaraya Kuala Lumpur For 2 Years (2021-2023) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210101 Dan 210102 Dan 210103 Dan 210104 Dan 210105 | Tarikh Tender Dibuka 7 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 20 Disember 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A208 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Jentera Jenama Bobcat, Tadano Dan Morbark Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 220105 Atau 220107 | Tarikh Tender Dibuka 7 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 20 Disember 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A209 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kenderaan Berat (3-10 Tan) Milik DBKL Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 220105 Atau 220106 | Tarikh Tender Dibuka 7 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 20 Disember 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A210 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Pedestrian Walkway Zon 1 – Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Azlan Shah (Dari Wisma Tan Chong Sehingga Persimpangan Jalan Tun Razak), Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Jalan Putra, Tirai Hentian Putra Dan Kawasan Sekitar, Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 222102 Dan 222104 Dan 221002 | Tarikh Tender Dibuka 7 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 24 Disember 2021 (Jumaat) | 300.00 |
2021/A211 | Kerja-Kerja Penggantian Komponen Penyaman Udara Berpusat Menara DBKL 1 Serta Peralatan Berkaitan | Berdaftar Dengan CIDB Gred G6 Atau G7 Kategori ME Dan CE Pengkhususan M01 Dan M04 Dan M22 Dan E03 Dan E04 Dan E11 Dan CE21 Dan CE11 | Tarikh Taklimat Tapak 10 Disember 2021 (Jumaat) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Gerakan (Tingkat 3), Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 29 Disember 2021 (Rabu) | 350.00 |
2021/A212 | Perkhidmatan Penambahbaikan Sistem ePerumahan Bagi Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210102 dan 210103 dan 210104 dan 210105 dan 210106 dan 210107 dan 210108 dan 210109 dan 210110 | Tarikh Taklimat Tapak 13 Disember 2021 (Isnin) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Gerakan (Tingkat 3), Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 27 Disember 2021 (Isnin) | 300.00 |
2021/A213 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Dalam Dan Luar Bangunan Di Menara Penguatkuasa Dan Depoh Kenderaan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Taklimat Tapak 13 Disember 2021 (Isnin) 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari Bilik mesyuarat Level G, Jabatan Penguatkuasaan, Lot 53605, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 27 Disember 2021 (Isnin) | 300.00 |
- Dokumen tender 2021/A211, 2021/A212 Dan 2021/A213 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Pendaftaran Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2021/A211, 2021/A212 Dan 2021/A213 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa:-
i) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2021/A212 Dan 2021/A213)
ii) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2021/A212 Dan 2021/A213)
iii) Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2021/A211)
iv) Cop Syarikat (Rubber Stamp). - Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian
- Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my)
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 7 Disember 2021
Laman Sesawang : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my