Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TARIKH TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2021/A214 | Pembekalan Kertas Putih dan Kertas Warna Selama Dua (2) Tahun Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 010201 | Tarikh Tender Dibuka 21 Disember 2021 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 6 Januari 2022 (Khamis) | 300.00 |
2021/A216 | Pembangunan Kuala Lumpur Augmented Reality City Trail (KLACT) Bagi Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210101 dan 210102 dan 210103 dan 210104 dan 210108 dan 210109 | Tarikh Taklimat Tapak 22 Disember 2021 (Rabu) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Gerakan (Tingkat 3), Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 4 Januari 2022 (Selasa) | 300.00 |
2021/A217 | Cadangan Menyiapkan Kerja Bagi Pembangunan Semula Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur Di Atas Lot 1707, Sebahagian Tanah Kerajaan (Rezab Jalan Haji Hussein Dan Rezab Lorong Belakang Dan Sisi) Dan Lot 1221 Hingga 1231, Mukim Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori B Pengkhususan B04 Dan Mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya Yang Masih Belum Tamat Tempoh Sah Laku | Tarikh Taklimat Tapak 27 Disember 2021 (Isnin) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Pintu Masuk Tapak Projek Pasar Raja Bot (Bersebelahan Pasar Transit Raja Bot), Jalan Raja Alang, Chow Kit 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 10 Januari 2022 (Isnin) | 400.00 |
- Dokumen tender 2021/A216 dan 2021/A217 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2021/A216 dan 2021/A217 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-
i) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)
ii) Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB
iii) Cop Syarikat (Rubber Stamp)
iv) Sijil Asal dan Salinan Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya yang masih belum tamat tempoh sah (2021/A217) - Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my)
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 21 Disember 2021
Laman Sesawang : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my