Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA DAN TARIKH TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/A064 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Padang-Padang Bolasepak Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Kawasan 1) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 222102 Dan 221003 Dan 221002 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 30 Mei 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A065 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Padang-Padang Bolasepak Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Kawasan 2) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 222102 Dan 221003 Dan 221002 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 30 Mei 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A066 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Padang-Padang Bolasepak Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Kawasan 3) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 222102 Dan 221003 Dan 221002 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 30 Mei 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A067 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Padang-Padang Bolasepak Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Kawasan 4) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 222102 Dan 221003 Dan 221002 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 30 Mei 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A068 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Padang-Padang Bolasepak Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Kawasan 5) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 222102 Dan 221003 Dan 221002 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 30 Mei 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A069 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Padang-Padang Bolasepak Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (Kawasan 6) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 222102 Dan 221003 Dan 221002 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 30 Mei 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A070 | Subscription Renewal, Training And Technical Support For Esri Arcgis Software Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh 3 Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210101 Atau 210102 Dan 210103 Dan 210104 Dan 210106 Atau 210107 Dan 210110 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 3 Jun 2022 (Jumaat) | 300 |
2022/A071 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif Sistem E-Pelan Untuk Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210101 Atau 210102 Dan 210103 Dan 210104 Dan 210106 Atau 210107 Dan 210110 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 3 Jun 2022 (Jumaat) | 300 |
2022/A072 | Supply, Testing, Commissioning And Delivery Of One Two (2) Units New Heavy-Duty Truck Mounted Water Tanker Of Capacity 5,000 Litres | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 110104 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 3 Jun 2022 (Jumaat) | 300 |
2022/A073 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Jalan Ipoh (Dari Bulatan Segambut Hingga Pintu Gerbang, Pasar Harian Selayang) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221002 Dan 221003 Dan 222102 Dan 222104 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 3 Jun 2022 (Jumaat) | 300 |
2022/A074 | Cadangan Membekal Dan Menyiapkan Alat Permainan Kanak-Kanak Bersepadu Di Kawasan Lapang Sekitar Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM dan CIDB Kod Bidang 030599 Gred G4 Kategori CE Pengkhususan CE21 | Tarikh Taklimat Tapak 18 Mei 2022 (Rabu) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Taman Permainan Kanak-Kanak, Jalan Tempinis 5, Bangsar 59100 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 6 Jun 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A075 | Kerja-Kerja Menyelenggara, Memelihara Dan Mengganti Alatganti Kepada Lif Berjenama “Sword” Yang Sedia Ada Di Kawasan Projek Perumahan Rakyat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sebanyak 6 Unit, Secara “Total Comprehensive Maintenance” Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Berdaftar Dengan CIDB Gred G3 Atau G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan M03 | Tarikh Taklimat Tapak 19 Mei 2022 (Khamis) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Tempat Letak Kereta Bertingkat (TLKB) Ppr Raya Permai, Jalan Landai Permai, 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 7 Jun 2022 (Selasa) | 300 |
2022/A076 | Cadangan Kerja-Kerja Untuk Penyelenggaraan Cerun Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori CE Pengkhususan CE08 Dan CE21 | Tarikh Tender Dibuka 17 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 30 Mei 2022 (Isnin) | 300 |
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di dalam portal rasmi dbkl.gov.my
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my)
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 17 Mei 2022
Laman Sesawang : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my