Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA DAN TARIKH TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/A077 | Kerja-Kerja Pemasangan Sistem Solar Pv Bagi Jejantas, Siarkaki Berbumbung, Hentian Bas Dan Teksi Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh 2 Tahun | Berdaftar Dengan CIDB Gred G3 Atau G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan E04 Dan E11 | Tarikh Tender Dibuka 27 Mei 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 10 Jun 2022 (Jumaat) | 300 |
2022/A078 | Supply, Testing, Commisioning And Delivery Of One (1) Units Transporter, Plant With Side Crane | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 110201 | Tarikh Tender Dibuka 27 Mei 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 10 Jun 2022 (Jumaat) | 300 |
2022/A079 | Kerja Penyelenggaraan Jentera Pembakar Mayat Dan Bangkai Haiwan Serta Peralatan Berkaitan Di Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori ME Pengkhususan M15 Dan M20 | Tarikh Tender Dibuka 27 Mei 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 Jun 2022 (Khamis) | 300 |
2022/A080 | Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Di Sekitar Parlimen Wangsa Maju Dan Parlimen Setiawangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2022 | Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Kategori CE Pengkhususan CE21 Dan CE43 | Tarikh Tender Dibuka 27 Mei 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 Jun 2022 (Khamis) | 350 |
2022/A081 | Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap Kejur Dan Menaiktaraf Perabot-Perabot Landskap Di Taman-Taman Awam Dan Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori CE Pengkhususan CE21 | Tarikh Tender Dibuka 27 Mei 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 Jun 2022 (Khamis) | 350 |
2022/A082 | Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Enam (6) Unit Lif Penumpang Di Blok A, B Dan C Kawasan Perumahan Awam (PA) Seri Sarawak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan M03 | Tarikh Taklimat Tapak 31 Mei 2022 (Selasa) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 20 Jun 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A083 | Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Dua Belas (12) Unit Lif Penumpang Di Blok 2, 4, 6 Dan 8 Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Berdaftar Dengan CIDB Gred G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan M03 | Tarikh Taklimat Tapak 31 Mei 2022 (Selasa) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 20 Jun 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A084 | Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Elektrik Di Kawasan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PPR Gombak Setia Blok 41 Dan 43) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan E04 Dan E11 | Tarikh Taklimat Tapak 1 Jun 2022 (Rabu) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 21 Jun 2022 (Selasa) | 300 |
2022/A085 | Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Elektrik Di Kawasan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA Seri Perak Blok 29, 31, 33, 35, 37 Dan 39) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan E04 Dan E11 | Tarikh Taklimat Tapak 1 Jun 2022 (Rabu) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 21 Jun 2022 (Selasa) | 300 |
2022/A086 | Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Sistem Elektrik Bagi Pemasangan Branch Cable Di PPR DBKL (PPR Semarak Blok B Dan C) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G3 Atau G4 Atau G5 Atau G6 Kategori ME Pengkhususan E04 Dan E11 | Tarikh Taklimat Tapak 2 Jun 2022 (Khamis) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 22 Jun 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A087 | Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Elektrik Di Kawasan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PPR Seri Pantai Blok 100 Dan 102) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan E04 Dan E11 | Tarikh Taklimat Tapak 2 Jun 2022 (Khamis) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 22 Jun 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A088 | Cadangan Melantik Operator Pengurusan Tempat Letak Kereta Di Menara Bandar Wawasan Di Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Universiti Teknikal Mara Sdn Bhd. Dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221510 | Tarikh Taklimat Tapak 2 Jun 2022 (Khamis) 10.45 Pagi – 11.45 pagi Lobi Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 22 Jun 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A089 | Cadangan Kerja-Kerja Menyelenggara, Menaiktaraf Dan Membaikpulih Di Rumah Rehat Seri Suasana DBKL @ PD Dan Kondominium Tanjung Biru, Port Dickson Negeri Sembilan Bagi Tempoh Dua (2) Tahun (2022-2024) | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori B Dan CE Dan ME Pengkhususan B24 Dan CE01 Dan M01 Dan M02 Dan M15 Dan M20 Dan E04 Dan E11 | Tarikh Taklimat Tapak 3 Jun 2022 (Jumaat) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Lobi Dewan Mestika, Institut Latihan DBKL, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, 50350 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 16 Jun 2022 (Khamis) | 400 |
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di dalam portal rasmi eperolehan.dbkl.gov.my
- Dokumen tender 2022/A082, 2022/A083, 2022/A084, 2022/A085, 2022/A086, 2022/A087, 2022/A088 dan 2022/A089 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender tender 2022/A082, 2022/A083, 2022/A084, 2022/A085, 2022/A086, 2022/A087, 2022/A088 dan 2022/A089 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-
(i) Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh CIDB(ii) Cop Syarikat (Rubber Stamp
(iii) Kad Pengenalan - Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my)
DATUK BANDAR KUALA LUMPURTarikh Iklan : 27 Mei 2022
Laman Sesawang : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my