Kenyataan Tender Bil. 9/2021

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

BIL. TENDERBUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDERTARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUPHARGA DOKUMEN (RM)
2021/A081
Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif Dan Sokongan Teknikal Bagi Perkakasan APC Symmetra PX UPS Dan Uniflair Leonardo DX Precision Aircond Di Pusat Data Menara DBKL 1 Dan 3 Bagi Tempoh Dua (2) Tahun Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2021-2023Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210102 Dan 220301
Tarikh Tender Dibuka
25 Mei 2021 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
8 Jun 2021 (Selasa)

300
2021/A082Perkhidmatan Pembersihan Perumahan Awam Seri Kota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) TahunBumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221001 Atau 221002 Atau 221003
Tarikh Tender Dibuka
25 Mei 2021 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
15 Jun 2021 (Selasa)

300
2021/A083Tawaran Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Pengasapan Ultra Low Volume (ULV) Untuk Mengawal Nyamuk Dalam Kawalan Wabak Penyakit Demam Denggi Untuk Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) TahunBumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
220901
Tarikh Tender Dibuka
25 Mei 2021 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
8 Jun 2021 (Selasa)
300
2021/A084Membekal Dan Menghantar Bahan-Bahan Kimia Untuk Keperluan Kolam Renang Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) TahunBumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
060103 Atau 060102 Atau 020403
Tarikh Tender Dibuka
25 Mei 2021 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
15 Jun 2021 (Selasa)
300
2021/A085Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Pedestrian Walkway Zon 5 Kuala Lumpur (Dari Jalan Conlay, Jalan Stonor, Jalan Kia Peng, Jalan Perak Hingga Persiaran KLCC Termasuk Kawasan Berlandskap Sekitarnya)Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
222102 Dan 222104 Dan 221002
Tarikh Tender Dibuka
25 Mei 2021 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
15 Jun 2021 (Selasa)
300
2021/A086Perkhidmatan Penyelenggaraan & Sokongan Teknikal Bagi Server Dan Infrastruktur Rangkaian Sedia Ada Di Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS), DBKL Selama Dua (2) TahunBumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210101 Atau 210102 Atau 210103 Atau 210104 Atau 210105 Atau 210106 Atau 210107
Tarikh Tender Dibuka
25 Mei 2021 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
15 Jun 2021 (Selasa)
300
2021/A087
Tender Of Renewal Licenses For DBKL ePBT System Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2021-2023)Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210102 Dan 210103 Dan 210104 Dan 210105
Tarikh Tender Dibuka
25 Mei 2021 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
15 Jun 2021 (Selasa)
300
2021/A088Cadangan Kerja Menaiktaraf Dan Mentauliah Sistem Penggera Kebakaran Di Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, Kuala LumpurBumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3
Kategori ME Pengkhususan
M02 Dan M15 Dan M20
Tarikh Tender Dibuka
25 Mei 2021 (Selasa)

Tarikh Tender Ditutup
8 Jun 2021 (Selasa)
300
  1. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

     

  2. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

     

  3. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.

     

  4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  5. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan, bagi perolehan ini petender yang (mempunyai masalah untuk rentas daerah atau negeri) DIBENARKAN untuk menghantar dokumen tender menggunakan perkhidmatan pos berdaftar atau kurier ke Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang telah ditetapkan. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  6. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  7. Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my).

     

    DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

    Tarikh Iklan    :  25 Mei 2021 

    Laman Sesawang    : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my

ms_MYMS