Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TARIKH TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/A090 | Membekal, Menghantar, Menguji dan Mentauliah Empat (4) Unit Motosikal 1,300 CC | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 110102 Atau 110106 Atau 110199 | Tarikh Tender Dibuka 14 Jun 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 27 Jun 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A091 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Jentera Jenama Komatsu, Case dan Bomag Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 110302 Atau 220106 | Tarikh Tender Dibuka 14 Jun 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 27 Jun 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A092 | Supply and Delivery of One (1) Unit New Four-Wheel Drive (4WD) Wheel Loader | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 110201 Atau 110299 | Tarikh Tender Dibuka 14 Jun 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 27 Jun 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A093 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan di Bangunan Pasar Besar Gombak (Plaza Sungai Mulia) Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Tender Dibuka 14 Jun 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 1 Julai 2022 (Jumaat) | 300 |
2022/A094 | Pengkabelan Rangkaian Dan Pembekalan Perkakasan Berkaitan Selama 2 Tahun Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210105 Atau 210108 Atau Berdaftar Dengan CIDB Gred G3 Atau Gred G4 Atau Gred G5 Atau Gred G6 Atau Gred G7 Kategori ME Pengkhususan E07 Dan E08 | Tarikh Tender Dibuka 14 Jun 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 27 Jun 2022 (Isnin) | 300 |
2022/A095 | Membekal Bahan Premix Asphaltic Concrete, Cold Premix, Quarry Dust Dan Bahan-Bahan Lain Yang Berkaitan Bagi Tempoh Dua (2) Tahun Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori CE Pengkhususan CE01 Dan CE21 | Tarikh Tender Dibuka 14 Jun 2022 (Selasa) Tarikh Tender Ditutup 1 Julai 2022 (Jumaat) | 300 |
2022/A096 | Cadangan Membina Padang Bola Sepak Dan Gelanggang Serbaguna Di Kelab Sukan DBKL, Jalan Tun Sambathan 1, Brickfields, Kuala Lumpur. | Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Kategori CE Pengkhususan CE14 Dan CE21 | Tarikh Taklimat Tapak 16 Jun 2022 (Khamis) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Kelab Sukan DBKL, Jalan Tun Sambathan, Brickfields, Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 5 Julai 2022 (Selasa) | 350 |
2022/A097 | Pembangunan Kuala Lumpur Augmented Reality City Trail (KLact) Bagi Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210101 Atau 210102 Dan 210103 Atau 210104 Dan 210108 Dan 210109 | Tarikh Taklimat Tapak 20 Jun 2022 (Isnin) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Gerakan Tingkat 3, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 7 Julai 2022 (Khamis) | 300 |
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di dalam portal rasmi eperolehan.dbkl.gov.my
- Dokumen tender 2022/A096 dan 2022/A097 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2022/A096 dan 2022/A097 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa:-
(i) Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2022/A096)
(ii) Sijil asal dan salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh KKM (2022/A097)
(iii) Cop Syarikat (Rubber Stamp)
(iv) Kad Pengenalan Penama Didalam Sijil - Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.