Pada malam semalam bertempat di Dataran Merdeka telah berlangsungnya Festival Gendang dan Tari Kuala Lumpur 2023 (KL GENTA 2023).
Festival KL GENTA 2023 merupakan merupakan penganjuran kali ketujuh bermula pada tahun 2014. Festival ini berkonsepkan persembahan kesenian pergendangan dan tarian tradisi yang mempamerkan keunikan muzik pergendangan, budaya, busana, kostum serta seni warisan dari setiap negeri yang menyertai festival.
Pada edisi tahun ini, sebanyak lapan kumpulan persembahan yang terlibat iaitu daripada Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kumpulan Kesenian Mah Meri Klang, Pertubuhan Seni Budaya Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor (PERSENIBAH), Kumpulan Persatuan Chingay Pulau Pinang, Kumpulan Tarian/ Pergendangan Cina dan India dan Kumpulan Sumatera Etnik Medan, Indonesia.
Festival KL Genta ini juga turut disertai oleh Kumpulan Kesenian DBKL serta Pasukan Rebana Ubi dari Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan artis budaya Malay World Cultural Paradise (MWCP Creative Troupe) dengan penampilan khas oleh Noraniza Idris.
Majlis perasmian festival ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Turut hadir bersama dalam festival tersebut adalah YBrs. En Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, YBrs. Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, dan pengarah-pengarah jabatan dalaman DBKL.



