PPV Bergerak MyMedic@Wilayah di beberapa lokasi sekitar WPKL hari ini meriah dengan kibaran Jalur Gemilang.
10 hari lagi menjelang 31 Ogos, suasana harmoni dapat dilihat diantara petugas DBKL, sukarelawan bersama penduduk setempat berbilang kaum yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang.
YBrs. Tuan Hj Anwar bin Mohd. Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL meninjau operasi PPV dan mengedarkan Jalur Gemilang kepada penerima vaksin di PPV Kompleks Komuniti Muhibbah. Turut hadir YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL.