KL Sertai Kongres UCLG ASPAC

YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyampaikan ucaptama bertajuk Progressing Kuala Lumpur’s Experience in Managing Covid-19 sempena webinar Kuala Lumpur Regional Training Centre (KLRTC) XXXVIII yang telah berlangsung pada pagi ini.

Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk mengenal pasti impak pandemik Covid-19 secara global, mengenal pasti peranan PBT dalam mengurus pemulihan Covid-19 dan mengenal pasti kepentingan kesihatan awam dalam urus tadbir bandar.

Penyertaan DBKL dalam sesi ini adalah untuk berkongsi pengalaman bagaimana DBKL menguruskan Kuala Lumpur mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Skip to content