Dengan kepesatan globalisasi, Kuala Lumpur berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam era baru pembangunan antarabangsa. Kuala Lumpur perlu bersedia untuk berperanan di peringkat antarabangsa yang bersaing pada abad ke-21.
Penyediaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) perlu dibuat memandangkan sebahagian dasar PSKL2020 perlu disemak disebabkan pembangunan dan perubahan ekonomi yang pesat dan pengenalan dasar-dasar terkini di peringkat negara dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. PSKL2040 yang baru disediakan bagi memandu pembangunan Kuala Lumpur untuk jangka masa tahun perancangan akan datang.
Dengan visi BANDAR UNTUK SEMUA, Kuala Lumpur perlu bersedia mengambil peranan untuk bersaing di peringkat antarabangsa pada abad ke-21. Dengan perubahan yang telah berlaku adalah wajar untuk menyediakan satu pelan struktur baharu bagi memastikan pembangunan di Kuala Lumpur dirancang secara holistik dengan urus tadbir yang cekap.