LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040
BANDAR UNTUK SEMUA
Pelan Struktur merupakan dokumen perancangan tertinggi bagi Kuala Lumpur yang memacu pembangunan strategik secara indikatif. Pelan ini membantu dalam menguruskan pertumbuhan fizikal khususnya serta sektoral amnya melalui satu set matlamat, dasar ataupun langkah perlaksanaan sejajar dengan visi Bandar Raya Kuala Lumpur.
Bandar Raya yang Dinamik, Efisien dan Selesa
PSKL yang pertama telah digubal dan diwartakan pada tahun 1984. Dokumen merupakan pelan pembangunan pertama yang disediakan untuk Kuala Lumpur yang melihat hala tuju pembangunan di masa hadapan bagi Kuala Lumpur sehingga tahun 2000.
Bandar Raya Bertaraf Dunia
PSKL 2020 disediakan berikutan kebanyakan dasar dalam PSKL pertama perlu disemak semula disebabkan oleh ledakan ekonomi dan perubahan pesat pembangunan Kuala Lumpur dalam tempoh 20 tahun. PSKL 2020 telah diwartakan pada tahun 2004.
Bandar Untuk Semua
PSKL2040 akan mentransformasikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dengan pendekatan yang inklusif, saksama, berdaya huni dan mampan kepada enam perkara
Visi Kuala Lumpur akan tercapai dengan memberi fokus kepada enam matlamat yang telah digariskan sebagai teras yang mencakupi aspek ekonomi, sosial, persekitaran hidup, alam sekitar dan perancangan fizikal. Setiap matlamat yang digariskan adalah matlamat yang holistik bagi mencapai pelbagai agenda bersama dan kesinambungan aspek perancangan.
Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)