Pada 1974 sempadan pembandaran Kuala Lumpur yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan telah diperbesarkan dari 93 kilometer persegi menjadi 243 kilometer persegi. Ketiadaan suatu pelan pembangunan bagi kawasan di luar kawasan pembangunan PPL1039, 1040 dan 1041 menyebabkan tiada kawalan perancangan dan pembangunan di kawasan ini dilaksanakan secara ad hoc.
Selain itu, perubahan keadaan sosioekonomi dan spatial yang pesat dalam tempoh sepuluh tahun (1974-1984) telah memberi kesan yang amat ketara kepada perancangan pembangunan di Kuala Lumpur. Faktor ini telah menyebabkan perlunya penyediaan pelan pembangunan yang baru.
Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984 (PSKL1984) merupakan pelan struktur pertama telah digubal dan diwartakan berdasarkan peruntukan Seksyen 7 Akta 267. Dengan Visi Bandar Raya yang Dinamik, Efisen dan Selesa, PSKL1984 disediakan oleh DBKL dalam melihat hala tuju pembangunan di masa hadapan bagi Kuala Lumpur sehingga tahun 2000.