Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur telah membuat perubahan ke 3 kepada Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020).
Perubahan ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 13 hingga Seksyen 17, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).
Draf Perubahan 3 PBRKL 2020 ini melibatkan cadangan perubahan zon guna tanah dan intensiti pembangunan bagi TIGA PULUH TIGA (33) PELAN PERUBAHAN di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
DBKL menjemput semua warga kota dan pihak berkepentingan untuk menyemak dan pemberi pandangan kepada Draf Perubahan 3 PBRKL2020 di Lobi Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut bermula 27 JULAI 2020 HINGGA 25 Ogos 2020.