Komited Untuk Pastikan Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok

Telah berlangsung Retreat Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) pada 7-9 Januari 2022 di The Hatten, Melaka.
 
Anggota retreat ini terdiri daripada pelbagai jabatan dalaman DBKL, agensi-agensi, pihak swasta dan NGO yang berkaitan untuk mengumpul maklumat serta ‘input’ bagi memastikan Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok tercapai.
 
Di bawah salah satu Program LA21, KLBAR ini khusus tumpuannya untuk membantu kerajaan bagi menangani bandar raya Kuala Lumpur menuju ke arah bebas asap rokok.
 
Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta adalah amat tinggi dan berharap agar segala pandangan, cadangan serta hala tuju dapat dilaksanakan demi kebaikan bersama khususnya untuk warga Kuala Lumpur.
 
Retreat ini turut dihadiri bersama YBhg. Datuk Kamarulzaman bin Mohd Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL. Beliau turut berkongsi pendapat dan berharap agar anggota yang terlibat dalam Jawatankuasa KLBAR ini dapat bergerak ke hadapan dengan jayanya.
 
Adalah menjadi harapan daripada retreat KLBAR ini agar aktiviti dan kempennya kelak disokong oleh warga Kuala Lumpur.
269918114_461353508886677_4595883707632276252_n
270245092_461351642220197_1637486226782077284_n
271206601_461351825553512_3245987824936136312_n
271591305_461351702220191_346082005970686939_n