Komitmen Kami Tiada Batasan

DBKL hari ini, 23 Januari 2021 (Sabtu) meneruskan lagi Operasi Sanitasi Awam nyahkuman Covid-19 di sekitar Jalan Bangsar, Jalan Pantai Baharu, Jalan Riong serta kawasan sekitarnya. Tumpuan utama operasi adalah di kawasan tumpuan awam dan guna sama.
 
Operasi ini turut dibantu oleh anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat WPKL.
 
Ucapan terima kasih juga kepada orang awam, penduduk setempat dan para peniaga yang telah memberikan kerjasama penuh sewaktu operasi dilaksanakan.
 
Patuhi SOP yang ditetapkan kerana hanya kita sahaja dapat jaga kita.
DBKL_tidak_lelah
DBKL_tidak_lelah2
DBKL_tidak_lelah1
DBKL_tidak_lelah3
ms_MYMS