Komitmen Berterusan

Sejurus tiba di tanah air pada petang tadi selepas menghadiri European Forum Alpbach 2022, YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur menerima aduan permasalahan isu bekalan air di Medan Selera Lucky Garden, Bangsar.
 
Beliau kemudiannya terus ke lokasi aduan dan mengadakan pertemuan dengan wakil daripada Syarikat Air Selangor bagi mencari jalan penyelesaian yang
terbaik mengenai isu tersebut.
 
Malam ini, beliau sekali lagi telah turun ke lokasi tersebut bersama pegawai-pegawai kanan DBKL bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.
300401622_613757306979629_4240913746922374818_n
300505147_613757220312971_9056708722489349746_n
Skip to content