YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin bin Alias dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah pagi ini meninjau Operasi Waktu Laluan Terhad di sekitar Jalan Istana, Kuala Lumpur.
Penguatkuasan waktu laluan terhad (6:30 -9:30 pagi) kepada kenderaan berat ini adalah salah satu komponen untuk memastikan kesesakan tidak berlaku pada waktu puncak ke pusat bandar. Ini adalah salah satu inisiatif KWP dan DBKL bagi memastikan kesesakan lalulintas dapat dikurangkan di pusat bandar.
Operasi ini turut disertai bersama dengan agensi sahabat iaitu PDRM dan JPJWPKL.
Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa kesemasa.