Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Islam Iran Ke Malaysia Ke Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur
Semalam, YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, menerima kunjungan hormat daripada TYT Valiollah Mohammadi Nasrabadi, Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia.
Pertemuan ini membincangkan kerjasama dalam pembangunan bandar berpusatkan rakyat, termasuk projek taman poket dan usaha meningkatkan mobiliti bandar lestari menerusi perkhidmatan bas GOKL.
Turut dibincangkan adalah inovasi bandar pintar serta potensi kerjasama global, khususnya hubungan kembar antara Kuala Lumpur dan Esfahan, yang mampu membuka peluang lebih besar dalam pembangunan mampan.
Datuk Bandar juga berkongsi perancangan masa depan Kuala Lumpur menjelang ASEAN Malaysia 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, yang diharap dapat memperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar bertaraf dunia.
Diharapkan hubungan erat antara kedua-dua pihak ini dapat terus diperkukuh demi pembangunan bersama yang lebih dinamik.