Kunjungan Hormat Kedutaan Azerbaijan Kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pada hari ini YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada kedutaan Azerbaijan di Malaysia.
Wakil-wakil kedutaan Azerbaijan yang menghadiri sesi tersebut ialah T.Y.T Fuad Muradov, Chairman of the State Committee for Work with Diaspora the Republic of Azerbaijan, T.Y.T Irfan Davudov, Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia dan Mrs. Shabnam Karimova, Setiausaha Pertama Kedutaan Azerbaijan.
Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi tersebut ialah mengenai kerjasama city to city berkaitan sustainable urbanisation dan climate change serta mengadakan program pertukaran antara kedua-dua belah pihak.
Diharapkan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung dapat mengangkat Kuala Lumpur di persada antarabangsa.