Pada hari ini YBhg. Datuk Sr Haji Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima kunjung hormat daripada Rejimen 515 Askar Wataniah yang diketuai oleh Lt. Kol Marzuki bin Md Yusof, Timbalan Komandan Rej 515 AW.
Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk menyatakan hasrat bagi mempelawa Datuk Bandar Kuala Lumpur menganggotai Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JAKPAW WPKL & WPP).Turut dibincangkan adalah mengenai rancangan bagi meneruskan kembali penubuhan Askar Wataniah di DBKL.