Lagi Pusat Maksiat Ditutup Oleh DBKL

Kuala Lumpur | Ahad, 21 Februari 2021 – Hasil maklumat orang awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Yang Menjalankan Aktiviti Pelacuran di Jalan Metro Perdana Timur, Kepong, Kuala Lumpur pada tengah malam tadi (Sabtu, 20 Februari 2021).
 
Menerusi risikan DBKL yang telah dijalankan selama 7 hari, mendapati sebuah premis berselindung sebagai pusat kecantikan menjalankan aktiviti tidak bermoral. Hasil serbuan, premis berkenaan didapati tidak mempunyai lesen perniagaan pusat kecantikan.
 
Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan premis telah dibuat ditutup serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tindakan sita turut dibuat terhadap pelbagai peralatan melibatkan wifi modem, monitor, CCTV Recoders, CCTV, kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan serta memecahkan dan merobohkan 10 buah struktur dinding / sekatan bilik di premis berkenaan.
 
Hasil serbuan juga telah mengesan 3 orang wanita tukung urut (disyaki pekerja seks) warganegara Vietnam, 1 orang pelanggan warga Bangladesh dan 1 orang warga tempatan sebagai penjaga premis dan mereka telah di tahan bagi proses dokumentasi oleh DBKL.
 
Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan mengikut bidang kuasa serta S.O.P DBKL.
 
Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
 
Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link berikut:
 
Lagi_Pusat_Maksiat_Ditutup1
Lagi_Pusat_Maksiat_Ditutup2 (2)
Lagi_Pusat_Maksiat_Ditutup2
Lagi_Pusat_Maksiat_Ditutup3
ms_MYMS