Lanjutan Tempoh Pendaftaran MySchoolBus @ Wilayah

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa di WPKL, DBKL amat peka dan prihatin terhadap kekangan komunikasi, penerangan dan penyampaian maklumat Program Perkhidmatan MySchoolBus@Wilayah kepada semua warga kota.

Sehubungan itu, DBKL amat berbesar hati untuk memberikan Lanjutan Tempoh Pendaftaran MySchoolBus @ Wilayah sehingga 15 Disember 2020.
 
Ibu/bapa/penjaga dinasihatkan supaya membuat pendaftaran awal untuk mendapatkan tempat bagi program ini.

Pendaftaran Murid boleh dibuat melalui :

  1. Google Form dan QR Code :  https://tinyurl.com/y5pb67pp
ATAU
 
2. Emelkan borang yang telah diisi lengkap ke  alamat: myschoolbus.wilayah@gmail.com
 

Tarikh Tutup Permohonan Dilanjutkan  Sehingga 15 Disember 2020.

ms_MYMS