Larian Tahun Baru 2025: Memulakan Tahun Baharu Dengan Gaya Hidup Sihat

Sebagai kesinambungan sambutan tahun baharu, Larian Tahun Baru 2025 telah diadakan pada pagi semalam dengan objektif mempromosikan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan dalam komuniti.

Acara ini bukan sahaja sebagai simbolik bagi memulakan tahun baharu dengan penuh semangat, tetapi juga menjadi platform untuk menyebarkan mesej penting mengenai kesihatan, perpaduan, dan tanggungjawab bersama.

Bertemakan gaya hidup sihat dan semangat kebersamaan, larian ini mengorak langkah awal di tahun 2025. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kesejahteraan fizikal dan mental, di samping membawa harapan baharu kepada semua yang terlibat.

Peserta melalui laluan ikonik di ibu kota, sambil menikmati keindahan landskap Kuala Lumpur yang turut mengetengahkan mesej pembangunan lestari.

Acara pelepasan bermula pada jam 7:00 pagi dari Dataran Merdeka, yang juga menjadi lokasi penamat larian. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Beliau turut meluangkan masa berjalan bersama-sama peserta, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif memupuk gaya hidup sihat di kalangan warga kota.

Datuk Bandar turut menyampaikan hadiah kepada pemenang larian serta hadiah cabutan bertuah, memberikan semangat kepada semua yang hadir.

Diharapkan acara ini dapat menjadi inspirasi kepada warga kota untuk memulakan tahun baharu dengan azam untuk menjaga kesihatan, membina perpaduan, dan menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih sihat dan harmoni.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Larian Tahun Baru 2025: Memulakan Tahun Baharu Dengan Gaya Hidup Sihat

Previous Gema Munajat Buka Tahun Baharu 2025

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

8376939
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

10-02-2025
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Larian Tahun Baru 2025: Memulakan Tahun Baharu Dengan Gaya Hidup Sihat

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Larian Tahun Baru 2025: Memulakan Tahun Baharu Dengan Gaya Hidup Sihat
Skip to content