Lawat dan Tinjau

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah hari ini membuat lawat tinjau ke PA Seri Kota, Bandar Tun Razak berhubung status kerja baik pulih lif di PA ini.
 
Lawatan tanpa jadual ini adalah untuk meninjau keadaan lif serta mendengar sendiri status semasa lif-lif yang sediada.
 
Lawat tinjau ini telah membuahkan pandangan yang positif daripada DBKL dan penduduk bagi menangani masalah yang timbul semasa kerja penggantian lif baharu dilaksanakan.
 
Beliau berharap permasalahan ini dapat ditangani dengan kerjasama baik di antara DBKL, penduduk dan kontraktor yang dilantik.
 
Insyallah perkara ini akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat.
 
Pada lewat petang, Datuk Bandar juga meluangkan masa meninjau permasalahan yang sama di PPR Desa Petaling.
Skip to content