Lawatan Datuk Bandar Ke Kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman Dan Jalan Raja Laut Serta Sekitarnya

Datuk Bandar Kuala Lumpur pagi tadi (10 Januari 2021) telah meluangkan masa meninjau dan melihat sendiri keadaan ruang pejalan kaki di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitarnya.
 
Kerja menaiktaraf infrastruktur laluan pejalan kaki di lokasi terbabit telah menjadikannya lebih kemas, bebas halangan dan tersusun serta mengikut standard piawaian.
 
Perubahan ini telah memberi lebih keselesaan kepada orang awam serta OKU disamping penyediaan ruang landskap yang betul.
 
Adalah diharap dengan penaiktarafan ini dapat menjadikan KL Bandarku terus ceria terutama menjelangnya sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari.
 
Warga kota adalah diseru untuk bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan serta kebersihan persekitaran kerana KLbandaruntuk semua.
db_lawat_jalan_tar_6
db_lawat_jalan_tar_3
db_lawat_jalan_tar_2
db_lawat_jalan_tar_4
ms_MYMS