Lawatan Turun Padang YB Menteri Wilayah Ke Hotspot Banjir Kilat Bersama Dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

YB Dato’ Sri Shahidan Bin Kassim pada hari ini telah turun ke beberapa lokasi hotspot banjir kilat bersama dengan Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan.
 
Antara lokasi yang telah dilawati adalah seperti Jalan Ampang, Jalan Rahmat, Jalan Kasipillay dan Jalan Dutamas 2.
 
Pada sesi lawatan ini, YB Menteri Wilayah Persekutuan telah menerangkan kepada Ahli Parlimen yang hadir mengenai langkah-langkah yang telah dilakukan oleh DBKL bagi mengatasi masalah air larian di kawasan tersebut selaras dengan Pelan Tebatan Banjir Kilat Kuala Lumpur 2022.
 
Antara langkah-langkah yang telah dilakukan oleh DBKL adalah dengan menempatkan lebih 50,000 sand bag di 16 lokasi hotspot banjir yang bertujuan untuk menahan limpahan air di kawasan tersebut.
 
Selain itu DBKL juga turut menempatkan 28 unit pam air di 11 lokasi hotspot banjir seperti di Jalan Rahmat, Jalan Kasipillay dan Jalan Dutamas.
 
DBKL juga turut giat menjalankan aktiviti plogging di sekitar Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Program Cuci@KL. Sehingga kini DBKL telah menjayakan 7 Program Cuci@KL dan program tersebut akan diteruskan setiap minggu.
 
Turut hadir pada sesi turun padang ini adalah YBhg Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengarah-pengarah Eksekutif DBKL, Timbalan Ketua Setiausaha KWP dan pegawai-pegawai kanan DBKL dan KWP.
287313986_565781485110545_7824409553264377094_n
287518879_565781398443887_6120834369020811271_n
287853134_565781445110549_2042709887697480147_n
288462398_565781511777209_6046462751652449530_n
Skip to content