Sepanjang tahun 2022, kejayaan demi kejayaan telah berjaya ditempa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dari segi pembangunan, pengurusan, keindahan bandar dan sukan.
Bagi meraikan warga kerja yang telah memberikan perkhidmatan terbaik, DBKL telah menganjurkan Majlis Apresiasi 2022 dan Perhimpunan DBKL bertempat di Stadium Taman Tasik Titiwangsa.
YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah hadir ke majlis tersebut seterusnya menyampaikan sijil penghargaan dan trofi kepada warga kerja yang diraikan iaitu mereka yang terlibat dalam menempa kejayaan sepanjang tahun 2022.
Datuk Bandar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para petugas bit banjir, sukarelawan utk misi banjir yang telah berlaku pada hujung tahun 2021, sekretariat DBKL bagi Festival Floria dan sekretariat Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur.
Majlis tersebut turut diserikan dengan pemakaian insignia sayap terjun kepada anggota penguatkuasa yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Payung Terjun dan pengenalan figura sihat DBKL.
Terima kasih kepada semua warga kerja DBKL yang telah sama – sama menyumbang kepada kecemerlangan DBKL dalam pelbagai aspek.
Anda adalah aset berharga kepada organisasi.
Ayuh kekalkan prestasi cemerlang dan kekal menjadi yang terbaik !



