Majlis Pecah Tanah Council Home (Kuarters DBKL) Sentul

Sekitar Majlis Pecah Tanah Council Home (Kuarters DBKL) Sentul yang telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.
 
Pembinaan Council Home merupakan salah satu inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengatasi masalah perumahan warga kota khususnya golongan berpendapatan rendah.
 
Council Home Sentul adalah Council Home yang dibina diatas bekas tapak kuarters DBKL yang lama. Tapak ini dicadangkan untuk menggantikan banggunan asal kuarters yang tidak lagi sesuai untuk di diami.
 
Turut menghadiri pada majlis tersebut adalah YBhg Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai kanan DBKL.
288442602_569223738099653_3469145611278325464_n
288657286_569224084766285_5162121937689620745_n
288917365_569223974766296_4565814600409538838_n
288501786_569223774766316_868167594711138305_n
Skip to content