Malam tadi bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur Taman Tun Dr. Ismail, min berkesempatan hadir menyaksikan acara bersejarah, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur melancarkan 3 buah buku dan kapsul masa bersempena dengan penutupan sambutan Jubli Emas Kuala Lumpur.
Datuk Bandar ada memaklumkan bahawa terdapat beberapa barangan penting dan istimewa terkait dengan sambutan Jubli Emas Kuala Lumpur akan ditempatkan di dalam kapsul masa. Ini termasuk sepucuk surat yang telah dikarang oleh beliau sendiri yang ditujukan kepada Datuk Bandar pada tahun 2047 apabila Kuala Lumpur menyambut Jubli Intan nanti.
Kapsul masa ini nanti akan ditempatkan di lobi Menara DBKL 1 untuk tatapan semua.