Majlis Pelancaran Garis Panduan Kawalan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Kawalan Bangunan telah melancarkan Garis Panduan Kawalan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada pagi semalam bertempat di Hotel Maya, Kuala Lumpur.
 
Garis Panduan Kawalan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur merangkumi empat garis panduan yang telah dikeluarkan oleh DBKL iaitu:
 
1. Garis Panduan Asrama Sementara Pekerja di Tapak Binaan
2. Garis Panduan Pagar Perlindungan Sementara (Papan Dendeng) Tapak Pembinaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. Garis Panduan Permit Kerja Kecil Bagi Rumah Kediaman, Bangunan Pejabat, Rumah Kedai, Kedai Pejabat Serta Lot Retail di Kompleks Membeli Belah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4. Panduan Pengemukaan Laporan Dilapidasi (Dilapidation Report) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 
Sebelum majlis perasmian tersebut berlangsung turut diadakan taklimat mengenai garis panduan tersebut yang bertujuan bagi memberi kefahaman dan tanggungjawab serta peranan yang dimainkan oleh setiap pemegang taruh.
 
Menghadiri sesi taklimat tersebut adalah wakil-wakil daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain agensi yang terlibat dalam proses pembinaan banggunan.
 
Kesemua garis panduan tersebut boleh diakses melalui portal rasmi DBKL.
302163156_624007599287933_4235391138672063609_n
302694827_624007629287930_8218314967241739191_n
302241439_624007729287920_4903382768022785512_n
302155995_624007275954632_7230599809346561943_n
Skip to content