Majlis Pelancaran Menara Penguatkuasa Jabatan Penguatkuasaan DBKL

Telah Berlangsung Majlis Perasmian Menara Penguatkuasa, Jabatan Penguatkuasaan DBKL di Jalan Yaakob Latif pada pagi tadi.Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.
 
Menara Penguatkuasa yang baru ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang merangkumi banggunan pejabat setinggi 15 tingkat yang mempunyai fasiliti seperti Auditorium, Kaunter Khidmat Pelanggan, Bilik Siap Siaga, Bilik Pemantauan CCTV dan Bilik Kawalan Operasi. Selain itu terdapat juga padang kawad dan juga banggunan depoh kenderaan.
 
Didalam majlis yang sama turut diadakan perasmian Pelan Strategik Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2022-2026.
 
Pelan Strategik ini berfokuskan kepada empat Objektif iaitu Pemerkasaan Penguatkuasaan Undang-Undang, Pengukuhan Libat Sama Masyarakat, Pengukuhan Penguatkuasa Profesional Dan Berkeupayaan, Pemantapan Nilai Murni & Keterampilan Penguasa Bandaraya.
 
Turut hadir bersama adalah YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
274507389_490211986000829_7322722140206445532_n
274482135_490212076000820_8749423657129503172_n
274526664_490212146000813_6356930822951178171_n
274629935_490212109334150_4014268099216025417_n
Skip to content