Sekitar Majlis Penutup Bengkel Pembangunan Sel Fasa 4 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Hj. Azmi Bin Abdul Hamid bertempat di Felda Residence Hot Spring, Sungai Perak.
Bengkel yang telah berlangsung mulai 29 Mac 2022 ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi Term of Reference (TOR) dan garis panduan yang telah digunapakai bagi proses pelupusan sisa pepejal di Bukit Tagar, Selangor.
Bengkel ini melibatkan wakil daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan juga jabatan dalaman DBKL seperti Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik, Jabatan Ukur Bahan, Jabatan Kewangan, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan.