Majlis Penyerahan Trofi UNESCO Ibu Kota Buku Dunia

KUALA LUMPUR, 29 September 2020 – Telah berlangsung tengahari tadi Majlis Penyerahan Trofi UNESCO Ibu Kota Buku Dunia bertempat di Anjung Singgahsana, Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
TYT Duta Besar Emiriah Arab Bersatu, Khalid Ghanim Mohammad Al Ghaith telah menyerahkan trofi tersebut kepada YBhg. Datuk Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
 
Penyerahan yang sepatutnya berlaku pada April lalu tetapi telah tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan oleh pandemik Covid -19.
 
Trofi turun temurun ini merupakan simbol dan pengiktirafan sebagai tuan rumah Ibu Kota Buku Dunia telah diterbangkan khas sejauh 5,500 kilometer dari Sharjah ke Kuala Lumpur. Sharjah merupakan tuanrumah kepada ibukota buku sebelum Kuala Lumpur dipilih mulai tahun ini.
 
Peristiwa bersejarah ini telah memahat nama Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai Ibu Kota Buku Dunia yang ke-20 selepas Sharjah dan 18 buah kota buku dunia di serata dunia.
 
Syabas, Kuala Lumpur!
tn-trofi-klwbc-1
trofi-klwbc-2
trofi-klwbc-3
trofi-klwbc-4
ms_MYMS
ms_MYMS en_GBEN