Datuk Bandar Rasmikan Laporan Kajian Perancangan WPKL Bagi Pelan Induk Bandar Pintar KL 2021- 2025 & Pelan Tindakan Iklim KL 2050

KUALA LUMPUR, 28 September 2020 – Dalam kemajuan teknologi, Kuala Lumpur tidak akan terlepas daripada cabaran semasa dan juga cabaran iklim.
 
Sehubungan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Jabatan Perancangan Bandaraya telah menghasilkan laporan kajian bagi Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur 2021 – 2025 dan Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 sekali gus mempersiap – siagakan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya pintar dan berupaya menangkis pelbagai cabaran.
 
“Kita akan meninggalkan Kuala Lumpur kepada generasi akan datang, maka kita perlu pastikan kota raya yang ditinggalkan ini kepada mereka cukup mampan dan berdaya saing”, ucap Datuk Bandar seraya menyempurnakan majlis perasmian hari ini.
 
Beliau turut menekankan keperluan dibina rumah mampu milik di Kuala Lumpur. Menurut beliau, 20 tahun akan datang Kuala Lumpur akan tetap terus menjadi tumpuan orang ramai, yang mencari tempat tinggal mahupun membina rumah apabila tiba di bandaraya ini.
 
Maka laporan kajian kedua dua pelan ini akan menjadi asas dan data kepada usaha yang akan membantu warga kota membina kehidupan yang lebih baik di masa depan.
 
“Kedua-dua pelan ini akan turut menitikberatkan pembangunan ekonomi, mobiliti sosial, pelan dalam menangani perubahan iklim di Kuala Lumpur.” tambah beliau.
ms_MYMS
ms_MYMS en_GBEN