Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

285851535_558277029194324_7372539876369965743_n
Sekitar Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.
 
YB Dato Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan bersama YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menghadiri ke majlis tersebut yang bertempat di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
 
Pesta Buku Antarabangsa ini merupakan program dibawah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama enam persatuan penerbit buku di Malaysia.
 
Program ini akan berlangsung mulai 3 Jun 2022 sehingga 12 Jun 2022 dari jam 10 Pagi ke 10 Malam.
 
Sumber Gambar: FB Shahidan Kassim
285490580_558276992527661_8222620846181968564_n
285999832_558277949194232_7602411435519652496_n
Skip to content