Majlis Perasmian Projek Penempatan Pakar Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Pada hari ini, bertempat di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Penempatan Pakar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
 
Projek penempatan pakar ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Japan Council of Local Authorities for International Relations (J.Clair) Singapura dan DBKL yang telah bermula sejak tahun 2013 lagi.
 
Tujuan penempatan pakar ini adalah untuk dijadikan medium perkongsian maklumat mengenai amalan terbaik yang meliputi aspek perbandaran seperti aspek kesihatan dan sanitasi, pengurusan sisa, kebajikan sosial, pengurusan pasar dan medan selera, pengurusan banjir kilat, pengurusan aduan awam, penglibatan awam, pengurusan fasiliti sukan dan promosi.
 
Pada tahun ini, tajuk yang dipilih ialah Pengurusan Perumahan Awam di Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL.
 
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Tuan Sakurai Taisuke,Pengarah Eksekutif J.CLAIR Singapura, Tuan Takeda Seiichi Pengarah Urusan Perbadanan Perumahan Awam Fukuoka Jepun serta pengarah-pengarah jabatan dalaman DBKL.
373700384_848761640145860_1783000472156416144_n
375879546_848761520145872_4637473325589072767_n
375294541_848761590145865_7462461281581296434_n
375054976_848761616812529_80297091678190772_n
Skip to content