Majlis Sumbangan Aidilfitri Komuniti Kuala Lumpur 2022 Peringkat Parlimen Seputeh

Majlis Sumbangan Aidilfitri Komuniti Kuala Lumpur 2022 diteruskan lagi pada hari ini di peringkat Parlimen Seputeh. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Kompleks Komuniti Muhibbah, Bukit OUG Kuala Lumpur.
 
Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada komuniti Parlimen Seputeh yang kurang berkemampuan seperti golongan asnaf, warga emas, OKU, Ibu tunggal dan juga anak yatim.
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berharap dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka dan mampu mengukir senyuman dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
279170789_530506715304689_7836645983608860669_n
278776691_530506748638019_7624876969032065683_n
278727776_530506781971349_2287991721089825750_n
278870936_530506801971347_4975673410799291862_n
Skip to content