Makluman Gangguan Operasi Capaian Email, Laman Web Dan Sistem Aplikasi Di DBKL : 8 Januari 2023

Dimaklumkan bahawa semua pengguna DBKL akan mengalami gangguan bagi capaian Email, Laman Web serta sistem-sistem aplikasi DBKL disebabkan kerja-kerja PENYELENGGARAAN SEGERA oleh pihak JPM di Data Center, Tingkat 1, Menara DBKL 1 pada 8 Januari 2023.

Sehubungan dengan itu, capaian Email, Laman Web dan Sistem Aplikasi yang terlibat akan mula dihentikan bermula 12.00 tengahari, 8 Januari 2023.

Sebarang kesulitan adalah amatlah dikesali. Kerjasama & perhatian daripada pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato’/Tuan/Puan, amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Skip to content