Makluman Gangguan Operasi Capaian Laman Web Dan Sistem Aplikasi DBKL

Dimaklumkan bahawa semua pengguna DBKL akan mengalami gangguan operasi capaian Laman Web serta sistem-sistem aplikasi DBKL disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan server oleh pihak JPM di Data Center, Tingkat 1, Menara DBKL 1 bermula pada 29 April 2022 (Jumaat) hingga 1 Mei 2022 (Ahad).
 
Sehubungan dengan itu, operasi laman web & semua Sistem Aplikasi DBKL akan dihentikan pada 6.00 petang, 29 April 2022 (Jumaat) dan dijangka akan beroperasi semula pada jam 7.00 pagi, 1 Mei 2022 (Ahad).