Makluman Gangguan Capaian Sistem-Sistem Aplikasi dan Portal DBKL Bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan Di Pusat Data

Dimaklumkan penutupan sementara sistem rangkaian tidak dapat diakses lanjutan daripada kerja-kerja menaiktaraf sistem keselamatan rangkaian di Pusat Data Menara DBKL 1 bermula 21 Januari 2022 (Jumaat), 7:00 malam.

Sehubungan itu, operasi sistem akan dihentikan pada 21 Januari 2022 (Jumaat), 7:00 malam dan akan beroperasi semula pada 23 Januari 2022 (Ahad), 7:00 malam.

Segala kesulitan amatlah dikesali.