Media KL Diraikan

Pada tanggal 2 September 2022 bertempat di Mandarin Oriental Kuala Lumpur telah berlangsung Malam Penghargaan Media Kuala Lumpur 2022.
 
Sejumlah lebih 95 orang pengamal media dari pelbagai medium telah dijemput dan hadir untuk diraikan sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka bersama DBKL.
 
YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah diiringi oleh Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, YBrs. Encik Khairul Anuar bin Mhd Juri dan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Puan Zurida binti Hashim untuk meraikan pihak media pada malam tersebut.
 
Selain disajikan dengan persembahan hiburan daripada artis tempatan, para media juga dianugerahkan dengan hadiah cabutan bertuah kepada yang benar-benar bertuah.
 
Selain itu, mereka juga menerima plaque penghargaan bagi pihak organisasi mereka yang disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
 
Penganjuran Malam Penghargaan Media KL buat kali ketiga ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka yang hadir dan program ini sewajarnya menjadi medan untuk mengeratkan silaturrahim di antara DBKL dan pihak media.
302335961_619767263045300_4327122556908076285_n
302289011_619767426378617_7776510348665181794_n
305211922_619774263044600_6696263732875646642_n
Skip to content