Menteri Wilayah Persekutuan Santuni Penjaja Di WPKL

KUALA LUMPUR, 15 November 2020 – Keprihatinan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) terhadap kelangsungan hidup para peniaga diteruskan lagi hari ini dengan penyerahan surat tawaran lesen kepada penjaja yang terlibat.
 
YB Tan Sri TPr. Annuar Hj Musa, Menteri Wilayah Persekutuan telah mendekati dan menyantuni para peniaga di Desa Pandan yang terlibat dengan kebakaran baru-baru ini. Kesudian YBM turun padang untuk menyerahkan sendiri surat tawaran lesen kepada mereka membuatkan peniaga yang terlibat merasa terharu. Sejumlah 51 lesen telah diserahkan kepada para penjaja terlibat di Desa Pandan hari ini oleh YB Menteri.
 
YB Menteri juga telah turun ke Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Tun Perak untuk meninjau dan menyerahkan lesen kiosk kepada Usahawan Muda yang mengusahakan perniagaan di jajaran River of Life (ROL).
 
Sebanyak 234 usahawan muda telah ditawarkan ruang niaga (kiosk / tapak niaga) menerusi Program Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan. Sebanyak 1,026 ruang niaga telah disediakan di beberapa lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur kepada golongan ini khususnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
 
Program turun padang ini turut disertai YBhg. Datuk Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datuk Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif Sosio-ekonomi, DBKL
surat-tawaran-lesen-penjaja-1
surat-tawaran-lesen-penjaja-2
surat-tawaran-lesen-penjaja-4
surat-tawaran-lesen-penjaja-3
ms_MYMS