Menyantuni Warga

Walau dihimpit kesibukan, jika berkesempatan sudah pasti Datuk Bandar Kuala Lumpur akan meluangkan masa untuk mendengar keluhan warga khususnya pemimpin-pemimpin setempat.
 
Petang ini (Ahad), Datuk Bandar mengadakan pertemuan dengan wakil Pejabat Wakil Rakyat serta Pengerusi-Pengerusi Sub Zon Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Bandar Tun Razak dan para penjaja bertempat di Pusat Penjaja D’Laman Rasa, Pekan Sg. besi. Dalam pertemuan ini Datuk Bandar mendengar penerangan mengenai isu-isu berkaitan pusat penjaja berkenaan serta masalah kesesakan di Lake Fields.
 
Turut hadir sama adalah YBhg. Datuk Hj. Azmi Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek serta Pegawai-Pegawai Kanan DBKL.
 
Sudah pastinya ada tindakan-tindakan susulan akan diambil hasil dari perjumpaan yang diadakan ini.
277081348_507224357632925_7164744529403060094_n
276251814_507224427632918_8202213133177210198_n
Skip to content