Notis Pemakluman Pendaftaran Penyertaan Pelajar Bagi Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus Di Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL Bagi Tahun 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL membuka pendaftaran bagi pelajar untuk menyertai Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus di Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024. Penyertaan ini TERBUKA kepada pelajar Darjah 1 Sesi 2023/2024 hingga Tingkatan 5 Sesi 2023/2024 yang menetap di PA/PPR DBKL.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan ini dibuka mulai 9 Januari 2023 (Isnin) hingga 10 Februari 2023 (Jumaat). Borang yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tutup permohonan TIDAK AKAN DITERIMA oleh pihak urusetia. Borang permohonan untuk menyertai program ini adalah seperti di pautan berikut;-

pdfMuat Turun Borang Disini


Borang yang telah LENGKAP DIISI BERSERTA DOKUMEN SOKONGAN boleh dihantar di Pejabat Kecil Perumahan DBKL yang berhampiran / Pejabat Pengurusan Perumahan Zon DBKL mengikut alamat seperti berikut:-

 

SENARAI PEJABAT ZON

Alamat Pejabat Zon 1:
Blok 56, Perumahan Awam Seri Sabah 3A, Jalan Ikan Ayu, 56100 Cheras, Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Zon 2:
Blok 2 PPR Seri Alam, Jalan 1/78, Off Jalan Istana, 57100 Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Zon 3:
Blok 39, Rumah Pangsa Seri Perak, Bandar Baru Sentul Fasa 1C, 51000 Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Zon 4:
Persiaran Rejang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur

Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh e-mel kepada myschoolbus.wilayah@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Skip to content