Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL membuka pendaftaran bagi pelajar untuk menyertai Program Bas Sekolah Percuma MYSCHOOLBUS@WILAYAH di PA/PPR DBKL bagi sesi persekolahan tahun 2025/2026. Penyertaan ini TERBUKA kepada pelajar TINGKATAN 1 SESI 2025/2026 yang MENETAP DI PA/PPR DBKL.
Untuk makluman tuan/puan, permohonan ini dibuka mulai 1 FEBRUARI 2025 (SABTU) HINGGA 14 FEBRUARI 2025 (JUMAAT). Borang yang tidak lengkap dan dihantar selepas tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DITERIMA oleh pihak urusetia. Borang permohonan untuk menyertai program ini adalah seperti di pautan berikut;
Borang yang telah LENGKAP DIISI BERSERTA DOKUMEN SOKONGAN boleh dihantar di Pejabat Kecil Perumahan DBKL yang berhampiran / Pejabat Pengurusan Perumahan Zon DBKL mengikut alamat seperti berikut;
Alamat Pejabat Zon 1:
Arena Badminton DBKL Cheras,
No.3, Lorong Ikan Ayu,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
No. Tel : 03-9286 9229
Alamat Pejabat Zon 2:
Blok 2, PPR Seri Alam, Jalan 1/78,
Off Jalan Istana, Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-9223 8137
Alamat Pejabat Zon 3:
Blok 39,
Tingkat Bawah Rumah Pangsa Seri Perak,
Bandar Baru Sentul Fasa 1C,
51000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4042 0340
Alamat Pejabat Zon 4:
Persiaran Rejang, Setapak Jaya,
53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4143 5085
Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh e-mel kepada myschoolbus.wilayah@gmail.com