Notis Pemakluman Pendaftaran Penyertaan Pelajar Bagi Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus Di Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL Bagi Tahun 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL membuka pendaftaran bagi pelajar untuk menyertai Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus di Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024. Penyertaan ini TERBUKA kepada pelajar Darjah 1 Sesi 2023/2024 hingga Tingkatan 5 Sesi 2023/2024 yang menetap di Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan ini dibuka mulai 9 Januari 2023 (Isnin) hingga 10 Februari 2023 (Jumaat). Borang yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tutup permohonan TIDAK AKAN DITERIMA oleh pihak urusetia. Borang permohonan untuk menyertai program ini adalah seperti di pautan berikut: –

pdfMuat Turun Borang Disini

Borang yang telah LENGKAP DIISI BERSERTA DOKUMEN SOKONGAN boleh dihantar di Pejabat Cawangan DBKL yang berhampiran mengikut alamat seperti berikut:-

SENARAI PEJABAT CAWANGAN DBKL

Alamat Pejabat Cawangan Batu:
No. 2, Jalan 13/48A, Sentul Raya Boulevard, Off Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak:
Jalan Jujur 3, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Cheras: No. 22 & 24, Blok A, Jalan 5/101C, Off Jalan Kaskas, Cheras Business Centre, 56100 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Kepong:
Dewan Masyarakat Seri Delima, Jln Jambu Jertih, Jinjang Selatan, 52000 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Lembah Pantai:
No. 267, Tingkat 2, Kompleks Tun Sambathan, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Segambut:
No. 8, Changkat Abang Haji Openg, Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Seputeh:
No. 43 & 45, Jalan 10/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kelang Lama, 58200 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Setiawangsa:
No. 1, Jalan Wangsa Delima 13 D'Wangsa, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Titiwangsa:
No. 28 - 32, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

Alamat Pejabat Cawangan Wangsa Maju:
Tingkat 5, Plaza Sungai Mulia, No. 224, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh e-mel kepada myschoolbus.wilayah@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Skip to content