Notis Pemakluman Permohonan Pelajar Bagi Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus@Wilayah Di Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL Bagi Sesi 2024/2025

Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL membuka permohonan kepada pelajar untuk menyertai Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus@Wilayah di Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025. Permohonan ini DIBUKA kepada pelajar Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 Sesi 2024/2025 yang menetap di PA/PPR DBKL.

Permohonan ini dibuka mulai 1 NOVEMBER 2023 (RABU) SEHINGGA 31 DISEMBER 2023 (AHAD). Borang permohonan yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DITERIMA. Borang permohonan untuk menyertai program ini adalah seperti di pautan berikut;-

Borang permohonan yang telah DIISI DENGAN LENGKAP BERSERTA DOKUMEN SOKONGAN TERKINI boleh dihantar kepada Pejabat Kecil Perumahan DBKL yang berhampiran / Pejabat Pengurusan Perumahan Zon DBKL seperti alamat berikut:-

Alamat Pejabat Zon 1:
Blok 56,
Perumahan Awam Seri Sabah 3A,
Jalan Ikan Ayu,
56100 Cheras, Kuala Lumpur
No. Tel :

Alamat Pejabat Zon 2:
Blok 2, PPR Seri Alam, Jalan 1/78,
Off Jalan Istana, Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-9223 8137

Alamat Pejabat Zon 3:
Blok 39,
Tingkat Bawah Rumah Pangsa Seri Perak,
Bandar Baru Sentul Fasa 1C,
51000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4042 0340

Alamat Pejabat Zon 4:
Persiaran Rejang, Setapak Jaya,
53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4143 5085

Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh e-mel kepada myschoolbus.wilayah@gmail.com

Skip to content