Penutupan sementara sebahagian lorong Jalan Tun Razak menghala arah ke selatan (Bulatan Kg. Pandan / Sg. Besi / Seremban / KLIA / Putrajaya) bermula 15 Disember 2020 hingga 15 Jun 2021.
Lencongan arah pemanduan adalah sepertimana disertakan.
Penutupan adalah bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan terowong keluar dan masuk Tun Razak Exchange (TRX).
Pemandu dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papantanda tunjuk arah yang diletakkan di lokasi.
Segala kesulitan adalah amat dikesali.