Operasi Menurunkan Gegantung Iklan Haram

DBKL telah menjalankan operasi menurunkan gegantung iklan haram yang terdapat pada tiang lampu di sekitar jalan di Kuala Lumpur.
 
Operasi yang bermula pada jam 12.00 tengah malam, 2 Ogos 2022 telah diketuai oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Antara kawasan yang menjadi tumpuan pada operasi tersebut adalah sekitar jalan menghala ke Plaza Tol Duta, Jalan Sungai Besi dan Jalan Connaught.
 
Jumlah gegantung yang diturunkan adalah melebihi 100 unit. Tujuan lain operasi dijalankan adalah sebagai salah satu langkah pembersihan awal bagi menceriakan lagi bandar raya Kuala Lumpur dalam menyambut Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di mana lokasi gegantung yang diturunkan ini akan digantikan dengan gegantung Jalur Gemilang.
 
Operasi yang berakhir pada jam 2.00 pagi ini turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL dan kakitangan DBKL daripada pelbagai jabatan.
295682297_597247561963937_3238745536940375087_n
296317150_597247428630617_6313072653831735559_n
296355965_597247361963957_5941955113048845417_n
296738981_597247391963954_6018835663157597820_n
Skip to content